...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Thursday, March 25, 2010

~ Aku & scoliosis ~

Korang tgk aku cmner?? msti ingat aku ni sihat walafiat kan?? x.. sebenarnya aku de penyakit.. Selalu sngat saki2 pinggang.. Bl angkat brg berat2 msti bdn aku sakit.. Pastu g wat X-Ray, rupanya Dr ckp aku de scoliosis.. Hmm.. aku x tau pe tu scoliosis mase Dr 2 bgtau, ingatkan sakit biaser jer, upanaya pnyakit serius.. Tulang belakang awk bengkok, kata Dr 2... Fuh, terkejut aku.. Pastu slalu la aku g HUKM.. Tp skrg dah stop sb aku mls nak g.. Huhu..Wat pnt jer, tp cmni gak tlg aku, mkin bengkok derla..

Xperla, aku trgkan pe die scoliosis 2 k..

Scoliosis

Apa-itu-scoliosis

1.PENGERTIAN
Scoliosis adalah kelainan bentuk pada tulang belakang yang ditandai dengan melengkungnya tulang belakang ke arah samping (lateral curvature of the spine).
Scoliosis adalah kelainan bentuk tulang belakang yang ditandai melengkungnya tulang belakang ke arah samping (lateral curvature of the spine). Kata scoliosis berasal dari bahasa Yunani scolios yang artinya bengkok atau berputar. Kelainan tulang punggung ini tampak jika dilihat dari belakang.

Jika dilihat dari samping tulang belakang yang normal berbentuk huruf S yang memanjang (elongated S). Bagian depan atas sedikit melengkung ke arah luar dan bagian belakang bawah sedikit melengkung ke arah dalam. Jika dilihat dari belakang, tulang punggung yang normal berbentuk garis lurus dari leher sampai ke tulang ekor. Sedangkan pada penderita scoliosis, akan tampak adanya satu atau lebih lengkungan ke samping yang tidak wajar pada punggung.

Seorang anak didiagnosa scoliosis jika ditemukan dua macam kelainan pada tulang belakangnya, yaitu:
• Lateral curvature: terjadi jika tulang belakang bengkok. Ini bisa dilihat dari belakang ketika penderita pada posisi berdiri dengan tubuh dibungkukkan 90 derajat ke depan. Jika tulang tampak seperti huruf S, bentuknya menyimpang, punggung tidak sama tinggi atau ada tonjolan, berarti scoliosis.

• Rotation: terjadi jika ada sendi tulang belakang yang terputar. Kadarnya hanya sedikit, namun selalu ada pada setiap gejala scoliosis. Aspek ini menyebabkan tulang belakang berbentuk berliku. Penyimpangan kurang dari 10 derajat dianggap masih normal.

Siapakah yang menghidap skoliosis?

Kanak-kanak
'
Infantile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:

  • Kecacatan sejak lahir
  • Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
  • Kecederaan
  • Jangkitan
  • Ketumbuhan

'Juvenile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 - 10 tahun. Ia jarang berlaku.

Remaja
'Adolescent idopathic scoliosis' - skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.

Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal. Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.

Faktor keturunan
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%. Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Punca-punca skoliosis

Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari:

  • Duduk membongkok
  • Duduk dalam keadaan janggal
  • Tidur di atas tilam lama atau nipis

Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.

Gejala-gejala

Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan. Tanda - tanda lain termasuk:

  • Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
  • Penonjolan tulang bahu
  • Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
  • Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
  • Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
  • Baju yang dipakai kelihatan senget

Jika dibiarkan tanpa rawatan, Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan:

  • Sakit belakang yang berpanjangan
  • Kecacatan bentuk badan
  • Kesukaran bernafas

Rawatan

Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.

  • Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk
  • Pesakit akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan

Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang ("Bracing")

  • Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok
  • Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai

Pembedahan

  • Akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk
  • Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk
  • Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut
  • Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai "braces" badan hari ke-2 atau ke-3
  • Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa
  • Bersukan dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan

Petua-petua untuk ibu bapa mengesan skoliosis di peringkat awal:

Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya ("idiopathic scoliosis") selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal. Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas. Tanda - tanda yang dapat dilihat pada anak anda:

  • Bahu kelihatan tidak sama tinggi
  • Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
  • Pinggang kelihatan senget sebelah
  • Pinggul kelihatan tinggi sebelah
  • Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja

Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.

Sekarang utk aku kurangkan sakit, aku pakai korset khas untuk support tulang aku.. Kalo x pakai, sakitnyer bkn main.. ni salah satu contoh pic kat bwh ni utk support tulang tp aku x pakai yg cmni. aku pkai yg lain..

K la, aku harap korang doakan aku sihat yer.. ;)

6 comments:

tiemaryam said...

Yuyunku syg...jgn lupa pakai Korset yer...dulu aku slu tlg ko kan?huhu...
be strong ok:D

missiezaslife.blogspot.com said...

thnks syg.. ;)

Nash_Azrai said...

be strong... and get well soon...

nieysa said...

salak akk ieza..sya pn ade scoliosis....akk saye down sgt2 + tension blaja kt mtrik nie...saya da xde keyakinan diri...ape yg saye wat sume x jadi n x kene...saya slalu menangis ble sya cter pade spe2 mereka x bole fhm ape yg saye alami n rase sbgai pesakit scoliosis nie..akk saye mcm a give up..akk tolong saye.....

Anonymous said...

sy dah operate 7 bulan yg lalu di hukm. Alhamdulillah evrything gonna be fine, sy di kolej skrang. ape yg tak berubah adelah tulang bahu saya still menonjol lg.. ok better than past.tq. get well soon

Fadz_ianah said...

Hai...so skrng mcm mna???
dah oprate atau still dlm pain??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...