...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Wednesday, March 17, 2010

~Mencintai Tidak Bererti Memiliki~


Janganlah kau angkuh melaungkan..
Si dia kepunyaan mu..
Atau kau kepunyaan si dia..
Kerana hakikatnya..
Kita tidak pernah memiliki sesiapa..
Walau sekeping hati seorang insan..
Tidakkah kau sedar..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura..
Berlakon di pentas dunia..
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati..
Tidak pernah berdusta pada empunya..
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya..
Tidakkah kau sedar..
Mungkin si dia melafazkan..
Ungkapan cinta pada mu..
Tetapi hati dan perasaannya..
Tidak pernah berniat begitu..
Dia hanya berselindung..
Di sebalik sejuta alasan..
Dan kau..
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya..
“Aku tidak pernah memiliki diri mu..”
“Dan kau jua tidak memiliki diri ku..”
Mengertilah..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa..
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita..
Kecuali Dia..
Dia mengasihi hamba-Nya..
Dia memiliki hamba-Nya..
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali…


yuyun-ieza-mas

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...