...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Sunday, May 9, 2010

~ Oh Emak ~


Video yang pasti menyentuh hati setiap anak


I love you so much emak

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari Ibu.. Semua kat dunia ini ada ibu.. Tidak kisah la sama ada yang telah tiada mahupun masih lagi bersama-sama sama kita..

Emak... MASNI BINTI RASSIDI..... Anakmu ini amat berterima kasih kepada dirimu kerana telah menjaga, mendidik serta memberikan sepenuh kasih sayang sehingga menjadikan diriku ini seorang insan yang berguna.. Anak mu ini amat menyayangi dirimu.. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk membalas segala jasa-jasamu terhadap diriku ini.. Tiada kata yang dapat menunjukkan bahawa anakmu ini amat menyayangimu... SELAMAT HARI IBU buatmu bonda tercinta...

Tiada yang dapat menandingi kasih sayangmu wahai emak


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat kelak



Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu





2 comments:

nash_azrai said...

kasih ibu hingga ke syurga...

miss ieza - miss yuyun - miss mas said...

Betol..betol..betol!! :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...