...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Saturday, August 28, 2010

~ Aku lemah tanpamu ~




Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Friday, August 13, 2010

~Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur~

Jenis-jenisnya....
Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)


:: baby walker ::




Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )

:: keta tolak (stroller) ::





Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)

:: keta mainan ::






Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)


:: keta kontrol biasa-biasa aje ::





Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)
:: keta kontrol berjenama ::





Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)

:: keta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan ::





Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)

:: keta berkerusi roda ::





Peringkat akhir.....pabila tiba masanya

:: keta jenazah ::


~ Kenali Personaliti melalui Golongan darah ~


Gologan darah A
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.


Gologan darah B
1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.


Gologan darah O
1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.


Gologan darah AB
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

Friday, August 6, 2010

~10 Petanda Si Dia Mungkin Merupakan Jodoh Kita~

Sekadar ingin berkongsi... Selamat Membaca.. ;)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Thursday, August 5, 2010

~ Aku hamba yang Lemah ~



Hmmm....

Aku rasa minggu ini minggu yang paling bosan, boring dan macam2 lagi lah.. Aku x tau kenapa dengan aku sekarang... Aku rasa aku ni macam orang sakit jiwa pon ada.. Kejap aku suka, kejap aku sedih, kejap aku marah-marah, kejap aku tension & macam2 lagi lah.. Hmm.. Kenapa ya?? maybe sebab aku dah terlalu lama kat rumah?? sebab aku dah lama x kerja? sebab aku dah lama tak jumpa bf aku & jalan2 dengan die?? or sebab aku dah lama x mengabdikan diri pada yang Maha Esa???

Hmm, semua ni puncanya dari diri aku sendiri... Bukan salah sesiapa pon... kalu dulu, aku rasa, aku selalu mengaji, aku selalu solat hajat, aku selalu bermuhasabah diri sebelum tido.. Dulu aku rasa aku seorang yang penyabar, aku seorang yang lembut hati, aku seorang yang selalu gembira.. Tapi sekarang, jiwa aku selalu kusut.. mungkin terlalu banyak dosaku padaMU Ya Allah.. Ampunilah diri ku ini.. Aku leka dan lalai dengan Mu Ya Allah... ;(.. Sesungguhnya aku hamba yang kerdil di sisi Mu...


Wednesday, August 4, 2010

~ Happy Time~

Khamis-Jumaat (29&30 Ogos 2010)

Hari ini, hari khamis.. Saat yang aku tunggu2... Berjumpa dengan seseorang yang amat bermakna kepada diriku ini. Seorang insan yang banyak menabur bakti dan budi selama aku bersamanya. Dia akan selalu ada taktala hatiku ini sedih, gembira atau dalam apa jua situasi sekalipun..

Khamis, 29 Ogos, akhirnya insan yang aku tunggu2 datang dengan membawa seribu senyuman.. ^-^.. Aku pun menyambutnya dengan senyuman yang paling manis sekali.. Ahahah.. Terasa poyo sangat2 bila menulis dalam keadaan skema macam ni.. Saja jer nak tukar mood POYO.. Huhu.. K la, x jd dah nak poyo2... Brutal plak k... ;)

Malam tu, die bermalam kat umah akak aku.. Kebetulan aku kat Melaka masa tu.. jaga eisya.. baby akak aku yg comel dan cute (macam aku la).. hehe.. Ingatkan malam tu nak tgk wayang. maklumlah aku ni lama sangat dah x tengok wayang dengan SI BUAH HATI aku tu.. Tapi nampaknyer nasib x menyebelahi aku.. Malam tu malam jumaat, mana de wayang midnight.. huhu,maka kecewalah aku seperti sebelum sebab x hajat aku tidak kesampaian.. Sudah tu, aku ngan die pergilah merayap kat Bandar melaka tu.. bertawaf rasanya 1000x sebab x de hala tuju.. last2, kami pergi makan jerlakat warung apa tah..

Lepas makan tu, satu cerita plak, adeke nak balik kami x ingat jalan.. alahai... huhu..maka kami dengan rasa konfidennya berjalan mengikut gerak hati dan sign board.. Alahai, Melaka jer kot.. Kata orang kan, orang yang sesat tu orang yang x tau baca jer.. yerla, sekarang banyak kor signboard.. Apeda... Akhirnya sampai gak kami di rumah.. Sampai2 jer kat umah akak aku, aku terus tido.. die pon sama.. tapi jangan lah salah anggap plak, kami bukan tido bersama pon.. aku tido kat bilik okeh... die tido kat luar.. (jangan fikir bukan2 yer LAbuuuuuu)

Esok pagi plak, mcm selalulah kan.. bangun pagi jer,aku akan pergi ke bilik akak aku n cium isya puas2... hah, amik ko..sapa soh comel sangat.. dah tu, timbul satu idea nak mengaco orang yang kat luar tu yang tengah tido nyenyak tu.. huhu.. aku amik isya letak sebelah die.. padan muka die kene bangun n jaga isya.. hehe.. Tp aku sangat sebab dapatlah tgk die tu in a future kan... (ciri2 seorang bapa mithali).. ahahha... aku bagi die 8 1/2 bintang jer daripada 10.. wahahah.. ok la tu, dapat A dah kan?? hehe...

huhu.. eisya n ayah baru



ha, korang pon boleh menilai sendiri kan??? betol x aku cakap die ni layak dapat A??? huhuhu

Ok, lepas kami bermanja-manja bersama eisya, petang tu kami bercadang nak ke Zoo Melaka.. Bukan apa, aku ni suka nak luangkan masa bersama orang tersayang kat tempat2 yang tenang macam tu la.. Dapat tengok haiwan, dapat tengok pokok2, macam2la.. Sambil2 tu kan boleh berborak-borak.. x best ke tu??? best tau... hehe... Tapi sedih x dapat pergi sana lama2 sebab dah nak maghrib.. kesian plak kat eisya.. Dengan nyamuk lagi kan... So, lepas jer pergi zoo tu, kami semua balik la ke Segamat... Kenangan sangat masa tu, nak balik tu wat susu eisya dalam kereta.. Pastu main2 ngn eisya.. rasanya macam satu family plak.. Bestnyer.. Alangkah indah jika masa boleh di putarkan kembali... ;).. Moga aku dan si dia akan ada satu family yang bahagia nanti.. Amin...


pic poyoz si dia.. huhu

my baby.. Eisya

aku pon poyo gak.. ahaha

aku dan dia

K.A.M.I
(we love u eisya)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...