...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Tuesday, January 11, 2011

~ Awas bagi lelaki !! Elakkan 6 golongan ini~


Assalamualaikum dan salam ukhwah.. Ok, harini aku nak kongsi satu info yang sangat berguna bagi kaum Adam terutamanya dan bagi kaum hawa juga. Bagi kaum adam yang sedang mencri pasangan tu, silalah baca entry ni terlebih dahulu yer, sebagai panduan J. Manakala, bagi kaum Hawa yang rasa nak dirinya menjadi pilihan kaum adam pula, eloklah elakkan daripada tergolong dalam 6 golongan ini... J... Ok, selamat membaca dan selamat beramal.. hehehhhhe :p


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, ; jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.
Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.
Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.
Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.
Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5.
Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.
Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Salam Ukhwah..~


P/s : Bagi kaum hawa, janganlah kita menjadi seperti 6 golongan wanita ini, dan bagi kaum adam, jauhilah 6 golongan wanita seperti ini... J


4 comments:

Lelaki Ini said...

besh2!
thanx info!

~miss ieza~ said...

hohoho.. Tq2...
sharing is caring..
most welcome.. :)

Ibnu K said...

Junjungan Nabi Muhammad dah beri manual lengkap dah untuk umatnya di akhir zaman. Punya besar kuasa Allah ya. Ingat para lelaki.. hehehe miss ieza agaknya termasuk dalam golongan mana ya?? saya rasa mesti yang Solehah ni.. baguslah..

PangkahBulat said...

Sorry ganggu..=)


Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...