...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Tuesday, January 4, 2011

HelLo!!! I'm BaCk!!!!!


Kat airport Senai


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...

Lama sangat dah rasanya aku x update blog aku ni.. Dah bersawang dah.. Ish.... Geli lak tgk sawang banyak2 ni... heheh.. susah nak bersihkan semua sawang2 ni.. Hihihihi....

Lately ni agak bz... memang ada keinginan nak update blog aku ni, tapi asyik bertangguh jer.. Yerla, kata orang, KERJA BERTANGGUH X KAN MENJADI... So, itulah yang berlaku pada aku.. Hihihi....

Sebenarnya banyak sangat story yang aku nak kongsikan kat korang.. Tapi masa x mengizinkan... Selama aku senyap ni macam2 berlaku kat aku... Aku bercuti sakan ngan family aku, aku demam teruk, aku dalam dilema and macam2 la...

Masa cuti2 Malaysia tu aku bercuti di Sarawak, kampung halaman aku and ke Pulau Langkawi.. Banyak sangat kenangan2 manis sepanjang bercuti tu.. Yerla, kami bercuti satu family.. Seronok sangat.. kalaulah masa boleh diputarkan kembali.. Hurrrmmmm...

Dalam aku bercuti tu lah aku kene demam teruk.. penat sangat berjalan kot.. lagipon aku ni bukannya sihat sangat.. x leh penat2.. mulalah aku sakit2 badan.. ish... kesian mak abah aku dapat anak macam aku ni.. tapi ni semua bukan kehendak aku.. Ni kan takdir.. Aku kene redha dengan ujianNya... InsyaAllah.... Alahai, sedih la plak.. Hihihihi...

Yuyun!! stop berDRAMA okeh!!! hihihihihi...

Ok la, tutup cerita pasal demam tu... Sekarang aku nak cerita pasal aku dalam dilema plak... Hurmm.... sebenarnya sekarang aku dah sambung study aku dalam master education kat UKM, Bangi.. MASTER, memang cita2 dan impian aku dari dulu lagi.. Tapi, entah kenapa hati aku sebenarnya berat sangat nak sambung master bila hari mendaftar makin dekat.. Aku x tau kenapa aku berperasaan macam tu... Sedangkan itulah impian aku... Hurmmm.. Aku DILEMA... Sama ada nak kerja ataupun nak sambung study.. Bukan apa, aku tiba berfikir, kalau aku study mesti pakai duit yang banyak... Kalau aku study, kesian mak abah aku nak tanggung aku lagi.. Dari kecik sampai besar mereka tanggung aku.. So, bila pulak masa aku nak balas jasa die orang kan??????

Tapi, bila aku cakap aku x nak sambung study, abah aku macam x suka jer.. nampak air muka die berubah.. serba salah plak aku bila dia macam tu.. Memanglah mak abah aku kata x kisah.. Tapi, aku sebagai anak tau perubahan air muka die.. Mak aku plak sama lah.. Cuma dia x dela memaksa aku sambung study lagi.. Aku cakap kat mak aku yang aku nak kerja, x nak susahkan dia lagi tanggung aku.. So, aku bolehlah cari duit sendiri... So, lama2 dia faham.. Dia x kisah pon aku nak kerja.... Dia support aku. Tapi abah????????? errrmmm.....

Lepas tu plak aku dapat tawaran sebagai seorang guru sekolah agama untuk mengajar subjek bahasa melayu.. Aku suka sangat!!! pulak tu bukan aku jer dapat, adik ipar kakak aku pon dapat, best friend aku pon sama.. Suka lah kami ni sebab dapat sama2 kerja.. Lepas tu aku terima tawaran tu.. x fikir panjang dah.. nak kerja gak, walaupon abah x bagi.. Hihihihi.. degil punya pasal kan... Lepas tu, sebelum jadi cikgu kat skolah tu, kami kena g kursus tau.. 4 hari.. kat kem PLKN Melaka.. Yuran bayaran dalam RM160 la.. Aku pon bayar.. Tapi tu pon pakai duit mak aku la.. hihihihi.. die yg support....

Maka, hari kursus pon sampai.. Kami bertiga (aku, fyda ngn yani) pergilah pejabat pengurusan skolah tu.. Mula2 berkobar2 ni nak g kursus.. HIhihi.. Lepas tu, bila je pengasas skolah tu mula beri ceraah, mula membebel, rasa boring plak dengar.. dah tu rasa x sedap ati pon ada.. hahhahha.. mana x nyer, kami kene transfer kerja kat KAJANG!!!! Sedangkan sepatutnya kami bekerja di MELAKA.. Tapi tiba2 kene transfer.. Pulak tu, yang lagi kelakar sampai nak tercabut gigi aku gelak, KAMI BERTIGA diberi jawatan sebagai GURU BESAR, GURU PENOLONG KANAN dan GURU KOKO.. Gila ke apa??????!!!!!!!! Ahhahhaah... Skolah kat Kajang tu cawangan baru bagi skolah kat Melaka ni.. So, kami ni diberikan tugas yang sangat mencabar.. Dalam otak kami plak masing2 bercakap, "MAIN PONDOK2 KE APA NI???? Ahahhahahhha...

Sudahnya, masa makan tengah hari tu kami berfikir... Fikir punya fikir, masing2 x sanggup nak pikul tanggungjawab tu.. Hihihi.. Bukan apa, kami kan budak baru nelajar, kalau ada paa2 masalah nanti, naya kami.. Hihih.. Pulak tu, kami bertiga ni dahla SENGAL dan POYO.. Hahhaa.. Jadi plak orang2 besar kat SEKOLAH AGAMA.. Oh no!!!! Rosak AKHLAK anak2 murid kami nanti.. HAhahhahahahhahahhaa.. So, akhirnya keputusan sepakat telah di ambil.. Kami RESIGN hari tu gak.. HAhahhaha.. Duit melepas RM160 macam tu jer.. hihihihi... kesian mak aku... hehhehhe...

Apa kata mak aku????? Mak aku x marah pon.. die x kata apa2.. ABAH???? ha, abah cakap apa tau bila aku kata aku quit kerja tu?? Dia kata BAGUSSS... Hahhaha.. Tu apa yang abah aku kata.. hahhahahahhah.. Nampak sangat die nak aku sambung master kan.... Hurrrmmmm.....

So, keputusannya????? Aku sambung gak study aku walaupon hati aku berat nak kerja.. Hihihi.. Xperla, untuk masa depan aku gak kan.... InsyaAllah lepas ni aku akan balas jasa emak aku especially dan abah aku.. Amin.....

errmmm.... ok la, nanti aku update lagi k.. sakit pinggang dah ni.. hihihi.. Nite u ols.... Salam... :)


2 comments:

Edura Hanum said...

tahniah utk kamu.
aku dekat seri kembangan nie.dekat jek ngan UKM.xsangka aku ada kwn sambung master pendidikan disana.insya allah dengarlah kata ibu bapamu.kejayaan akan datang padamu.mana tahu akan datang kamu menjadi lecture.lagi banyak kamu blh balas jasa orang tuamu

~miss ieza~ said...

Thanks edura.. owh, yeke dekat?? so bila nak datang UKM blnja aku makan?? hihihihi... Baiklah.. akn ku dgr kata kedua ibu bapaku... inysyaAllah.. mudah2an dapat la aku balas jasa mereka nanti... Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...