...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Monday, February 21, 2011

~ Gila~ !

P/S :: Font colour merah sebab MARAH!!!! ….. Grrgrggggg (>.<) Angry smile

Hari ni memang aku rasa nak maki hamun jer satu k0lej ni or sapa2 la.. mo0d bengang dan marah sangat ni.. Niat hati arini nak cuci baju.. Dengan semangat, semalam aku rendam baju.. Pagi tadi nak cuci la semua baju tu.. Ok, dah cuci tiba2 rasa nak buang air jap.. g la toilet buang air.. kelaur2 jer dari toilet, nak g bilas baju, air tiba2 sikit.. dan lama2 makin sikit n seterunya terus xda langsung.. Pergh! sabar jer rasa sb stok baju semua n pakaian2 yg kat dalam p0n dah hampir pupus.. tapi thanks God sb aku sempat membunag air kan.. hehe..ok, rilex lagi ni.. sabar je..

~ lepas tu aku try la g aras paling bawah sx, mana la tau ada air kan.. Thank god, ada air.. dengan perasaan yang gembira, aku mengangkut la baldi yg penuh dengan baju yang nak dibilas tadi ke aras bawah.. Sampai jer bawah, x sampai ponseminit, air yang besar tadi trus jadi makin kecik n abis! perg!! Berpinar mata aku ni.. geram ni!!.. Ok, xperla, rilex lagi sx jap.. Kembali membawa baldi berisi baju naik ke tingkat tiga bilik aku..

~ Pastu tiba2 teringat ngn Nancy( member blok depan bilik aku).. Aku p0n call ar die kan.. Nak tnya blok die ada air x.. Dia dengan konfidennya kata ADA AIR.. DATANG JERLA KAT BLOG AKU NI.. DIE ORG DAH BETULKAN DAH TANGKI AIR.. ok, dengan sepantas kilat aku ambil baldi berisi baju, tuala + set mandian.. Niat hati nak MANDI!. Sampai2 jer blok nancy, sekali lagi aku KECEWA dan BENGANG yang AMAT SANGAT . AIR XDA JUGAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Steaming mad

~ Perghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! meter kemarahan dan kesabaran sudah sampai ke kemuncak! panas sangat ni!! marah!!

~ Lepas tu aku g la b0rak kat bilik Lin, member aku.. saja nak buang masa tunggu air.. tapi sampai kul 5 gak air stil xda.. ok, TERIMA KASIH WAHAI KOLEJ ZA’BA.. AKU SAYANG SANGAT NAGN KOLEJ NI.. SERIUS AKU SAYANG GILA ok!!! Devil….

~ jam 6 petang, air stil xda.. nasib ada tangki kat luar disediakan air.. So, angkut air 4x turun naik tanggga, bawak balik tingkat 3 n mandi dengan satu baldi air dan dua botol besar air mineral.. cukuplah.. Tapi serius, lepas mandi, aku g turun tangga nak amik baju yang aku sidai tu, menggigil kaki aku ni.. Bukan takat kaki jer, tulang belakang yang memang dah sedia kala sakit, menjadi makin sakit.. Hurm.. sabar jer kn???

.:. Note :: Wahai pengurusan KOLEJ ZA’BA, lain kali kalau xda air or nak tukar tangki sekali pon, bg la notis awal2… boleh la kite org simpan air. PAHAM????!!!! Thumbs down

Tuesday, February 15, 2011

Salam MaulidurRasul…

15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 rabiul awal 1432H merupakan Maulid Nabi Muhammad SAW. Sama-sama kita meningkatkan selawat ke atas baginda sebagai tanda memperingatinya..Allahumma sholli alaa sayyidiinaa Muhammad..

Sempena Maulidurrasul ni, aku nak share antara kisah-kisah menarik Rasulullah yang boleh diambil iktibar dan renungan bersama. InsyaAllah..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”

“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

6) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8 ) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

p/s :: renung2kan dan selamat beramal..

~ Kisah aKu & DiA ~

 

busyukMy Teman ketika susah & senang..

15.02.2011

~ Kenapa rasa sayang ini makin menebal dalam diri aku pada engkau??

~ Kenapa engkau yang aku pilih sebagai temanku sekarang???

~ Apa yang kau pandang dalam diri aku yang membuatkan kau bersamaku sehingga sekarang???

~ Adakah aku sudah sempurna untukmu???

~ Adakah kau merupakan j0dohku kelak???

~ Yang pasti, engkau adalah insan yang memahami diriku lebih dari diriku sendiri… Engkau banyak menundukkan eg0mu demi diriku.. Engkau juga yang banyak mengajarku erti kasih sayang sesama manusia.. Engkau juga bukanlah seorang yang jahil terhadap agama..

~ Aku harap, kau j0d0hku.. kau dijadikan untuk aku.. Ya Allah, tetapkanlah hubungan kami.. Berkatilah hubungan kami ini dan jadikan dia jodohku dunia dan akhirat.. Moga dia menjadi pembimbing dan ketua dalam keluargaku kelak serta menjadi imam dalam s0latku.. Amin…

~ Terima kasih sayang kerana kau sentiasa ADA untukku..❤

 

 

~DeMaM~

Marissa Nursufiah..

My baby

Hello semua.. hurmm.. Bila cuti umum macam ni, bila stay sorang2 dalam bilik, tiba2 teringat kat isya.. Teringat balik muka die time demam haritu.. Masa hari jumaat yang lepas, aku p0n x berapa sihat.. Pening2 n rasa nak muntah.. Lepas jer s0lat subuh, kepala aku terasa melayang2.. rasa badan terhuyung hayang.. s0, seperti biasa aku sambung tid0 la.. Dalam jam 8.30pagi aku dengan niat murni dan ikhlas nak bangun pergi kelas ( azam baru kan, x m0 p0nteng kelas.. Hehe ).. tapi x kesampaian jugak.. Badan lemah, kepala pening.. S0 aku terus call NADIA (classmate aku) bgtau yg aku xdpt g kelas..

~ Aku sambung tid0 sampai z0h0r… hehe (apa la anak dara ni kan..) Nak wat camna, dah x sihat.. heheh (alasan!!) .. Lepas bangun dari tid0, aku try la nak g kelas jam 3.00 ptg.. Dengan gagahnya aku bangun mandi.. Dengan harapan dapat g kelas kan.. Tapi lepas mandi tu still x ok.. s0, aku amik keputusan untuk x g kelas lagi.. takut2 kal0 pengsan nati, kan naya.. lebih baik aku rest kat bilik jer.. (padahal mmg malas g kelas kn????… ish, mana de, aku mmg x sihat ok!! ) :)

~ Petang tu gak, mcm biasa la hujung minggu aku akan amik keputusan balik Melaka umah kakak aku.. Kebetulan kakak aku g kursus kat Ulu Kinta Perak.. parents aku pulak g balik Sarawak.. S0, aku ngn dedek (adik laki) aku g Melaka.. Niat hati nak jenguk isya.. Isya p0n DEMAM rupanya… Kesian sangat kat dia.. Masa hari Sabtu, isya demam teruk.. Panas sangat badan dia.. Lepas tu banyak kali muntah.. Bila bagi minum susu jer die muntah, bukan stakat kuar dr mulut jer muntah, tapi dari hidung sekali.. Nak nangis aku tengok die time tu.. nasib baik la kakak aku balik jenguk isya sekali.. Ada gak penawar kat hati isya bila mama die balik jaga die.. Hurmm.. kesian sayang ibu demam.. Jangkit ibu ke em?? heheh..

~ Ahad, aku ngn kak ida (mama isya) kena balik semula ke UKM dan Ulu Kinta.. Xsampai hati nak tinggalkan isya.. tapi dah tanggungjawab kami kan.. so0, kenelah balik jugak.. Masa kak ida nak gerak g Ulu Kinta tu, isya macam faham jer.. dia nangis.. mesti sedih mama die nak tinggalkna die kan.. Sabar yer sayang.. tinggal satu minggu jer isya kene tinggal… Nanti hari Jumaat mama isya balik la.. Lepas tu, dalam kul 3 aku plak gerak balik UKM.. Sempat la aku tidokan isya sebelum aku balik.. S0, papa isya la yg tinggal jaga isya sorang2..

~ sampai jer UKM, aku call kak ida,\.. Kak ida bgtau isya muntah2 lagi.. Hurm.. kesian die.. Pastu abg sahar(papa isya) bawak isya g klinik… D0ktor kata perut isya masuk angin.. s0, die bagi ubat angin.. Tapi lawaknya, bila bagi jer isya ubat angin tu, ISYA ASIK KENTUT jer.. x kira masa.. ngah main, nagh tido or ngah ketawa, asik kentut jer.. huhu.. (isya slekeh!).. hahaha.. tp x perla, now isya dah makin sihat.. alhamdulilllah..

~ Ibu harap isya x demam lagi yer sayang.. Isya p0n jangan nakal2 duk umah pengasuh tu.. nanti ari jumaat p0n mama isya dah balik kursus.. MyB ibu p0n akan datang tgk isya lagi minggi dpn.. heheh.. L0ve n miss u isya.. Muah!!

 

Wednesday, February 9, 2011

Miss u s0 much my anak buah, Marissa Nursufiah…

ica

Ica, ibu rindu isya tau…

Ni la isya.. Anak buah aku yang pertama.. Sb tu la aku sayang sangat2 ngn isya ni kan.. Bukan aku jer, tapi semua family aku sayang die sangat2.. Maklumlah, anak buah pertama n cucu pertama mak ngn abah aku.. hehhe.. Now, umur die dah 8 bulan.. tapi nampak mcm dah beso jer.. tengok la tu.. Tengah melipat kain sambil menonton tv.. hehhehe.. Bijak2.. I miss u sayang… :)

Ok isya, nanti hujung minggu ibu datang jenguk isya yer. jangan nakal2 tau kat umah makcik tu.. kesian isya kene duk umah makcik 2 minggu sb mama isya g kursus kat Ulu Kinta Perak.. Jauh..

K la, miss u s0 much!! muah..



Saturday, February 5, 2011

~ Larangan dan amalan seharian yang kita x pernah tau pon kebaikan dan keburukannya.. ~



LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

Salam 1 Malaysia.. J .. Ha, kali ni aku nak kongsikan dgn korang semua tentang larangan atau perbuatan yang berkaitan dengan tubuh badan dan amalan seharian kita yang membawa kepada kebaikan dan keburukan… Aku dapat artikal ni pon dari blogger seorang teman.. kredit kepada kak fieda.. J. Pada aku semua ni sangat menarik dan berguna kepada diri kita.. So, Selamat membaca dan selamat mempraktikkan apa yang dah di baca yer..

JANGAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
2) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
3) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
4) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
5) Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.


FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) Selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.



WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.


So, apa pendapat korang semua?? hihihi.. kalau rasa nak ikut, ikutla apa yang bermanfaat yer.. Hihihi.. ok, renung2kan dan selamat beramal... :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...