...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Wednesday, June 22, 2011

Sesi meluahkan perasaan

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.. Lama sangat dah aku x update blog kn? Bukan la sebok sangat tp buat-buat sebok je walaupon banyak sangat benda yang nak diceritakan..

Ok, aku rajin nak update blog harini pon sebab aku nak meluahkan perasaan berbulu, meluat, menyampah dan marah pada orang-orang yang tertentu.. Nasiblah kalau die orang baca pun.. Ada aku kesah?

Aku marah sangat pada orang yang x pernah rasa kesiankan parents die. Emak yang masih hidup dibiarkan tanpa bertanya khabar sedikit pon.. Patut ke macam tu? Kalaulah ibu yang mengandungkan die tahu anak die akan buat macam tu mesti dari kecik lagi dah dicekiknya, tp ibu mana yang x sayangkan anakkan? semua ibu sayangkan anak kecuali ibu yang berperangai syaitan dan iblis.. Aku x nak samakan dengan binatang/ haiwan sebab pada pendapat akulah, binatang pon sayangkan anak die..

Hurmm.. Kesian pada orang tua yang ada anak yang x pernah pedulikan mereka. Agaknya die x ingat ke selama die dari kecil sampai besar, sapa yang jaga die???? Hurmm, bila dah berumahtangga, mula lupa pada emak or ayah die.. Kalau susah perlukan duit tahu pula nak cari, nak datang pinjam duit. Adatlah manusia, bila diperlukan die datang, bila x diperlukan terus dibuang dan dibiarkan..

Aku harap dan berdoa sangat supaya anak yang macam ni dapat balasan kelak.. Nak kata aku jahat sebab doa macam ni pun aku tak kisah. Sebabnya??? AKU SANGAT MARAH DAN GERAM..

Sekian..

P/S : Kepada anak-anak yang ada di luar sana, jangan sesekali anda lupakan kedua orang tua anda. Tiada mereka, tiadalah anda di dunia ini..

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...