...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Monday, October 31, 2011

Naluri…

381160_300270700002408_297576990271779_1195944_785243256_n

Aku hanya insan biasa yang mempunyai perasaan. Aku mempunyai keinginan yang sama dengan wanita-wanita lain.. Ingin disayangi, ingin dikasihi, ingin dicintai, ingin dirindui dan bermacam-macam lagi…

Aku tahu aku bukan yang terbaik buat dirimu, tapi aku akan berusaha menjadi yang terbaik..

Marah, cemburu dan geram itu perkara biasa yang mungkin padaku adalah lumrah dalam percintaan yang ikhlas. Bukan niat untuk mengOngkOng atau untuk meyekat kemahuanmu, tapi fahamilah hati wanita yang sangat halus ini.. Aku hanya mahu kau menjadi milikku seorang. Bukan untuk dikOngsi bersama perempuan-perempuan lain yang ada di luar sana…

Kata orang, jika seorang lelaki menyanyangi seseOrang wanita itu, dia akan sedaya upaya menjaga kehOrmatan wanita itu.. Akan dijaganya akhlak wanita itu, akan dijaganya cara-cara pemakaian wanita itu dan akan dijaganya pergaulan wanita itu dengan laki-laki lain..

Begitu juga aku. Bukan aku ingin meyekat dirimu, bukan aku seorang yang tidak berfikiran terbuka seperti orang lain, tapi hakikatnya aku amat menyayangi dirimu.. Aku x mahu berkOngsi dirimu dengan wanita-wanita lain.. memang aku akui yang aku akan menjadi marah, menjadi cemburu jika kau berpegangan tangan denga wanita lain, jika kau bergaul dengan wanita lain.. Tapi bukan kerana apa, kerana aku amat menyayangimu.. 

Aku yakin teman-temanmu di luar sana ada yang tidak menyukai aku, malah mungkin meluat dengan cara aku berfikir, cara aku menyekat segala pergaulanmu.. tapi aku yakin yang aku melakukan sesuatu yang betul kerana kelak kau akan menjadi hak ku.. Persetankan apa yang mereka katakan kerana bukan mereka yang akan hidup denganmu kelak, tapi AKU…

Aku tak akan sanggup berkahwin dengan orang yang sudah menjadi sisa orang lain.. Oleh itu, aku harap kau fahami aku dan terima aku seadanya…

Aku juga akan menerimamu seadanya.. Pekerjaanmu kelak, dirimu kelak dan gaya hidupmu kelak,. Cuma aku harap kau memahami diriku dengan menjaga batas-batas pergaulan.

JIKA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA DAN DIJODOHKAN BERSAMA, AKU HARAP KAU AKAN MENJADI SUAMIKU DAN IMAM DALAM SOLATKU SERTA BAPA KEPADA ANAK-ANAKKU  SEHINGGA AKHIR HAYATKU KELAK.. HANYA KAU SEORANG.. HANYA KAU… AMIN..

Sunday, October 30, 2011

BILA LELAKI BENAR-BENAR SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Red heartKecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...

Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…


Red heartSi dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya..

Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.


Red heartSentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah dan sentiasa  bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu..

.Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.


Red heartSi dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.

Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..

Red heartTidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek...


Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. Lelaki yang betul-betul menyayangi seorang wanita dan ingin menjadikan wanita itu suri hidupnya tidak akan sekali-kali membenarkan kekasihnya berpakaian seksi dihadapan lelaki lain kerana dia sayangkan wanita itu yang merupakan maruahnya kelak.

Red heartDia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


Red heartDia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

source : Giler Kentang

bLaNk

 

1

2

3

4

5

7

 

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

R.I.N.D.U

 

Mata mengentuk, tapi mata tetap tak nak lelap.. Kenapa yer??

Badan penat, tapi dah rehat pon x Ok lagi… Kenapa yer???

Kepala pening, tapi dah makan ubat pOn masih tak Ok… Kenapa yer????

Tiba-tiba hati ni berkata-kata.. nak tau sebabnyer????

Akal aku PoN menjawab, nak… nak…nak!!!

Hati pOn cakap.. SEBAB KAU RUNDU akan dia!! dia!! dan dia!!!

Akal bertanya lagi.. siapa? siapa? siapa??

Hati pon jawab… dia insan yang kau selalu marah, selalu bergaduh, selalu bertekak, sedangkan kau tahu yang kau sayangkan dia.. rindukan dia dan memerlukan dia setiap masa..

Hurrmmmmmmm…. I mIsS U.. Crying face

3

2

page

 

p/s :: Harap sangat yang dia merupakan jOdOh yang terbaik buat aku.. Harap juga yang kami akan tetap bersama sehingga ke akhir hayat.. aku akan menjadi suri kepadanya dan ibu kepada anak-anaknya.. dia akan menjadi imam kepada keluargaku dan akan menjadi ayah kepada anak-anakku.. Amin… Hanya kepadamu ya Allah, aku bermOhoN.. Red heart

fOr yOu my LoVer MOHD IZWAN ABD HALIM

 

Red heartAku ingin menjadi mimpi indahRed heart
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Oh...
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...
Red heartSya... na na na...Red heart

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Friday, October 14, 2011

Kengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

313447_272292809471759_201714859862888_951574_783745935_n

Salam satu Malaysia… ( memanglah Negara Malaysia ni ada satu je kn...?) hihihi..Smile with tongue out.  Ok, hari ni aku nak kOngsikan kat kOrang semua kenapa kita ni pakai cincin kawin or tunang kat jari manis.. Best tau infO ni.. kalau x percay, jOm kita baca jap ea..

Ok, firstly kOrang kena satukan kedua tangan kOrang dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (ce rujuk gambar).


Ok, nOw permainan bermula.. Jeng, Jeng, Jeng.. Kita ada 5 pasang jari tapi hanya sepasang yang tak boleh dipisahkan....


1. Cuba kOrang buka ibu jari kOrang. Korang leh tgk ibu jari kOrang boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian, oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


2. Tutup semula ibu jari kOrang dan buka jari telunjuk kOrang, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


3. Ok, sekarang tutup jari telunjuk kOrang pulak dan buka jari kelingking kOrang, jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.


4.Akhir sekali, tutup jari kelingking kOrang dan try buka jari manis dimana kOrang menyarungkan cincin perkahwinan kOrang nanti. kOrang akan heran cOz jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Nak tau kenapa? kerana jari manis mewakili suami isteri… selama hidup kOrang dan pasangan kOrang akan terus melekat antara satu sama lain, sehidup semati...Open-mouthed smile


*kalau masih belum paham, cuba kOrang baca ayat diatas sekali lagi. Heheh.. Selamat mencuba..

p/s : aku harap aku ngan die akan hidup bersama hingga akhir hayat kami.. amin..Red heart

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Mana Mak?? :’(

Raya 2011  (201)

BACA & HAYATI..WalaupOn cerita ini panjang, tapi x rugi sikitpun kalau dibaca..

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

p/s : Jgn Lupa Click Share Setelah Membaca... Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada bersama anda di dunia ini.. I LOVE and MISS MY MOM SO MUCH…Sad smile

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Monday, October 10, 2011

Arghhh…

 

314950_295243820486339_212366812107374_1229922_649869743_n

 

Seperti biasa.. Asal hari isnin jer, memang moOd nak ke kelas is ZerO!

“mOnDaY Blues”.. huarrrggghhhhhhh!

Tapi walau apa-apa pun, TETAP KENE RAJINKAN DIRI UNTUK KE KELAS! hihiihi..Smile with tongue out

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Perbezaan antara Ikan Keli Halal & Haram

keli3

Gila besar ikan keli ni!!!!!

Salam satu Malaysia! Haaaa, hari ni aku nak share benda yang mungkin berguna pada penggemar IKAN KELI.. huhuh.. Macam-macam la sekarang ni. Ikan keli pOn ada yang halal dan ada yang haram..

Aku ambik sumber ni pOn daripada member aku kat Facebook. sO, kOrang bacalah sendiri yer… Tapi aku rasa info ni untuk orang yang beli ikan yang belum dimasak la. Kalau makan kat kedai yang dah siap digoreng tu info ni x leh guna la kOt. hihi.. Apa2 pun kOrang bacalah sendiri yer..

“  Info dari Tok Wan..


Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam, maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.


Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal adalah :

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)


· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak.


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin).


  · Kepala berbentuk 'U'
  · Bentuk badan tirus
  · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
  · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
  · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
  · Digoreng tidak meletup


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

 

>;> Nasib baiklah aku memang tak makan ikan keli.. Hihih

 

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Friday, October 7, 2011

Sedihnya!

 

Bf : Kita main satu game nak tak ?

Gf : Game apa ?

Bf : Macam ni , esok awak tak payah contact saya . Maksudnya tak payah text, call or apa apa yang berkaitan lah . Saya pun buat mcam tu dekat awak okay ? Kita tgok sapa yang menang .

Gf : Okay !


Esoknya , si Gf terpksalah tahan rindu dekat Bf . Mengenangkan yang ini satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati . Keesokkan harinya , si Gf call si Bf juga. Tapi tak dijwab . So, si Gf pegilah dekat ruma Bf dia . Di luar rumah Bf ramai orang . Si Gf mula rasa pelik then terus masuk ke rumah Bf . Sekujur tubuh terbaring kaku di tangga rumah . Dan tubuh itu adalah jasad si Bf yang dah meninggal .

Mak si Bf pun bagi surat dekat GF .


Surat yng bertulis :
Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . Love you

p/s : Hargailah pasangan anda sementara dia masih ada bersama anda.. Sad smile

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Thursday, October 6, 2011

Duka dalam suka..

 

ܓ  Dalam duka, ada sukanya…

Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya…

Allah Maha Mengetahui…

WalaupOn hari ini aku dikhabarkan berita buruk, namun Allah masih memberikan aku sebuah senyuman lagi…

Dengan adanya dia disamping aku, aku masih mampu tersenyum walaupOn diriku dalam kesakitan…

Terima kasih Ya Allah kerana telah menemukan aku dengannya…

Ku mOhOn kepadamu, Kau berikanlah aku kemudahan dan kesenangan untuk aku menempah hidup bersamanya kelak…

Permudahkan jOdoh kami Ya Allah…

Aku x mahu yang lain, selain dia… ܓ

 

P/S .:. Terima Kasih yang tidak terhingga kepadamu… Always lOving u…

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...