...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Monday, October 31, 2011

Naluri…

381160_300270700002408_297576990271779_1195944_785243256_n

Aku hanya insan biasa yang mempunyai perasaan. Aku mempunyai keinginan yang sama dengan wanita-wanita lain.. Ingin disayangi, ingin dikasihi, ingin dicintai, ingin dirindui dan bermacam-macam lagi…

Aku tahu aku bukan yang terbaik buat dirimu, tapi aku akan berusaha menjadi yang terbaik..

Marah, cemburu dan geram itu perkara biasa yang mungkin padaku adalah lumrah dalam percintaan yang ikhlas. Bukan niat untuk mengOngkOng atau untuk meyekat kemahuanmu, tapi fahamilah hati wanita yang sangat halus ini.. Aku hanya mahu kau menjadi milikku seorang. Bukan untuk dikOngsi bersama perempuan-perempuan lain yang ada di luar sana…

Kata orang, jika seorang lelaki menyanyangi seseOrang wanita itu, dia akan sedaya upaya menjaga kehOrmatan wanita itu.. Akan dijaganya akhlak wanita itu, akan dijaganya cara-cara pemakaian wanita itu dan akan dijaganya pergaulan wanita itu dengan laki-laki lain..

Begitu juga aku. Bukan aku ingin meyekat dirimu, bukan aku seorang yang tidak berfikiran terbuka seperti orang lain, tapi hakikatnya aku amat menyayangi dirimu.. Aku x mahu berkOngsi dirimu dengan wanita-wanita lain.. memang aku akui yang aku akan menjadi marah, menjadi cemburu jika kau berpegangan tangan denga wanita lain, jika kau bergaul dengan wanita lain.. Tapi bukan kerana apa, kerana aku amat menyayangimu.. 

Aku yakin teman-temanmu di luar sana ada yang tidak menyukai aku, malah mungkin meluat dengan cara aku berfikir, cara aku menyekat segala pergaulanmu.. tapi aku yakin yang aku melakukan sesuatu yang betul kerana kelak kau akan menjadi hak ku.. Persetankan apa yang mereka katakan kerana bukan mereka yang akan hidup denganmu kelak, tapi AKU…

Aku tak akan sanggup berkahwin dengan orang yang sudah menjadi sisa orang lain.. Oleh itu, aku harap kau fahami aku dan terima aku seadanya…

Aku juga akan menerimamu seadanya.. Pekerjaanmu kelak, dirimu kelak dan gaya hidupmu kelak,. Cuma aku harap kau memahami diriku dengan menjaga batas-batas pergaulan.

JIKA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA DAN DIJODOHKAN BERSAMA, AKU HARAP KAU AKAN MENJADI SUAMIKU DAN IMAM DALAM SOLATKU SERTA BAPA KEPADA ANAK-ANAKKU  SEHINGGA AKHIR HAYATKU KELAK.. HANYA KAU SEORANG.. HANYA KAU… AMIN..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...