...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Monday, October 10, 2011

Perbezaan antara Ikan Keli Halal & Haram

keli3

Gila besar ikan keli ni!!!!!

Salam satu Malaysia! Haaaa, hari ni aku nak share benda yang mungkin berguna pada penggemar IKAN KELI.. huhuh.. Macam-macam la sekarang ni. Ikan keli pOn ada yang halal dan ada yang haram..

Aku ambik sumber ni pOn daripada member aku kat Facebook. sO, kOrang bacalah sendiri yer… Tapi aku rasa info ni untuk orang yang beli ikan yang belum dimasak la. Kalau makan kat kedai yang dah siap digoreng tu info ni x leh guna la kOt. hihi.. Apa2 pun kOrang bacalah sendiri yer..

“  Info dari Tok Wan..


Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam, maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.


Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal adalah :

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)


· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak.


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin).


  · Kepala berbentuk 'U'
  · Bentuk badan tirus
  · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
  · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
  · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
  · Digoreng tidak meletup


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

 

>;> Nasib baiklah aku memang tak makan ikan keli.. Hihih

 

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

2 comments:

Anonymous said...

LIKE IT!!

~miss ieza~ said...

Like it? like ikan keli or like pasal pOst ni? hihihi... :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...