...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Tuesday, December 20, 2011

Teringin nak jadi perempuan yang cantik macam dia

 

Wanita cantik adalah wanita yang :

 1.Melukis kekuatan melalui masalah.

2.Tersenyum saat tertekan.

3.Tertawa saat hati sedang menangis.

4.Tabah di saat terhina.

5.Mempersona kerana memaafkan.

6.Mengasihi tanpa balasan.

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

 

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seseorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah, bagi wanita yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak, jika benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya, orang sekelilingnya tidak akan mampu meneka apakah perasaannya yang sebenar ketika itu.. kenapa?kerana terlalu dalam untuk mereka memahami perasaannya yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku pun boleh berbuat sedemikian.. Tapi susah untuk aku menjadi seperti itu.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

Seiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukanlah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ktabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bkan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kia lebih-lbih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Nmun bagi seorang wanita yang cantik,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya kerana baginya mereka-mereka inilah yang akan memberi peluang padanya untuk berubah. Subhanallah..

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

Ksihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tdak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yg cantik x mementingkan diri sebdiri cOz mereka lebih mementingkan kepentingan orang yg mereka sayang.

p/s : Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

 

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...