...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Monday, January 30, 2012

ADa aPa deNgaN GeMeRsiK KaLbU??

Assalammualaikum dan Salam satu Malaysia…

Hai u Ols, semua sihat? aku x sihat nih. Badan penat dan tak berdaya cOz berjalan jauh x henti-henti. Bercuti sakan la kan… Ke Melaka sudah semestinya, then ke Cameron Highland, then ke Kelantan… Penat weh… Penat sangat tapi yang penting happy la cOz dapat menghabiskan masa bersama family tersayang…

Oryte, nOw kita fOkus kat tajuk utama di atas… Ada apa dengan drama gemersik kalbu ni??? Ok, aku yakin semua tau kan sekarang ni sebOk kat TV3 drama gemersik kalbu ni tiap-tiap petang. Ala, drama adaptasi daripada novel. Bagi yang tak tahu tentang drama ni, meh aku bagi sinOpsis cita ni ea..

Gemersik-Kalbu-TV3

Cerita ini mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Rindu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

Pelakon : Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.

Ok, nOw aku nak bagi sinOpsis Novel Germersik kalbu pulak..

gemersik kalbu

Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Oryte, daripada sinOpsis ni kita tahu cerita ni macam biaserla berkisar tentang kehidupan seorang wanita, kasih sayang, cinta dan semuanya lah.

Aku tak tengOk sangat cerita ni kat tv, maybe coz aku busy dengan final exam n assignment yang melambak masa hujung sem aritu. FaktOr kedua aku tak minat sangat ngan ayu raudah ni, x tau la pasal apa. haha. tapi aku minat ngn akashah tau! minat sangat. huhu..

Ada apa dengan gemersik kalbu ni ea? bukan apa, aku pelik la cOz bf aku mamat yang x minat dengan cita-cita melayu ni leh plak minat tengOk cita ni… Sampaikan kalau die termissed cita ni la, die sanggup tengOk kat tontOn tu! adakah sebab AYU RAUDAH yang lebih cun dari aku? hahah.. what everlah.. kalau dulu aku ajak tengOk drama TENTANG DHIYA tu die x nak, ni lain plak, die yang over sangat tengOk cita ni. Aku memang x tengOk la. nasib aku ni dah baca nOvel Gemersik Kalbu ni.

Entahlah, kadang-kadang musykil gak kan napa die leh layan cita ni. Hahhaa.. Tapi x perla, asalkan die bahagia bersama Gemersik Kalbu ni… jangan die berangan fikir pOmpuan lain dahla. Hahhahaa (fikiran jahat ni cOz jeles!) x MASAL la nak JELES kan! hahahahha.. *sengal la aku ni. ish..

Ok la, banyak-banyak mengarut ni sebenarnya aku nak sangat tau kenapa BF aku layan cita ni??? tu je main pOint nyer. hahaha.. Ok la, sebelum aku chOw, korang bOleh la dengar lagu akashah yang sengal ni..*main gigit-gigit cuping telinga kan.. haha. ok la, tata.. titi.. tutu…

I LOVE U LA AKASHAH! *ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu… lallalala.. :p

p/s : Kalau aku baca nOvel, aku suka berangan dengan herO dalam nOvel tu. Bestnyer la berangan ni kan.. Lagi-lagi nOvel yang herOnyer digambarkan seOrang yang kacak, bergaya, kaya, baik hati, rOmantik.. Aduh, andainya diri ini memiliki lelaki sedemikian.. hahahhaha *ok, stOp dreaming yer Cik MASYUNIZA YUNOS! haha.. PeaceNyah-Nyah

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Thursday, January 19, 2012

dOn’T jUdGe a bOoK bY iTs CoVer

images

KISAH 1

‎"Ada seorang perempuan, umur 15 tahun, bawa anaknya yang umur setahun jalan di pasaraya… -Orang kata dia tu perempuan hina, tak suci, tak malu… Tapi takde orang tahu dia dirogol masa dia umur 13 tahun…


Ada seorang lelaki, dia sangat-sangat gemuk… -Orang kata dia tu tak tahu jaga diri… Tapi takde orang tahu dia ada penyakit… Makan tak makan tiap-tiap hari berat badan die naik…


Ada seorang warga tua, mata dia buta, telinganya takde… -Orang kata dia tu hodoh, sangat- sangat hodoh… Tapi takde orang tahu dia tu askar…  Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya…

Hurrmmmm…..Crying face

KISAH 2

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya… Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak…


"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??? kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"


Lalu doktor tersebut tersenyum dan berkata :


" saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya cuba datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu… dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."


"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang ni, bolehkah kamu bertenang..??? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat..???kata si ayah dgn marah..


Si doktor tersenyum lagi & berkata :


" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yang suci " daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali" ...doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang… InsyaAllah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.."


"memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..


Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..


"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah… "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat…"


"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!" komen si ayah selepas melihat jururawat..


Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik… dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik… dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Hurrmmmm…Crying face


P/s : Never judge anyone..... because U will never know how their life is & what they're going through… Banyak benda dalam dunia ini kita nampak, tapi tak bermakna kita tahu segala-galanya…. Sad smile

 

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Tuesday, January 17, 2012

CuTi SeMeStEr dAtAnG LaGi

Assalammualaikum dan salam sejahtera… Smile

Pejam celik, pejam celik, dah abis lagi satu semester dah aku sekarang… Alhamdulillah… Harap aku dapat habiskan master aku on time.. Amin.. InsyaAllah, mOga Allah permudahkan segala urusanku….

Selama aku study kat UKM ni, terlalu banyak halangan dan rintangan yang aku dah tempuh.. Chewah.. ayat x leh blah kan.. haha.. Bukan senang kan nak berjaya dan jadi orang yang berilmu ni… Tapi x pe, Allah kan ada… Kita mOhOn jer pada DIA.. InsyaAllah akan dipermudahkan segala-galanya…

Semester break dah pOn start untuk aku… Sebulan la rasanya cuti ni.. After that dah kene masuk study lagi weh… Penatnyer Otak ni nak bekerja… Hihi.. tapi x per, untuk berjaya kene la kOrbankan segala-galanya kan… Demi ibu bapa dan agama, akan ku cuba untuk habiskan study ku ini.. hahahhahah *pOyO

Ha, untuk cuti sebulan ni, sudah semestinya rutinku akan menjadi begitu MENARIK dan HEBAT!!! aku akan menjadi individu yang sangat PRODUKTIF ok! Nak tau kenapa???? Ha, sebab aku tau aku punya rutin harian iaitu makan, tidO, tengOk tv, makan lagi dan tidO.. ha, tu lah keje yang paling best!!! hahaha… *mintak-mintak la aku gemOk skit pasni… hihih.. nak sgt badan ni berisi skit..hehe..

At the same time, mesti de planning nak g jalan punyerla… Mak abah mesti dah plan nak g jalan-jalan ni. hOoyeahh!!!! can’t wait! Harap sangat cuti ni sangat bermakna wat aku dan family… Ni jerla masa nak bermesra bersama family….

Ok la, mau titOn… Saja update blOg sebelum tidO cOz rasanya dah lama dah x update blOg dek kekangan masa time study kan… Time cuti ni la baru de masa nak update blOg yang x berapa nak cantek ni… Hehe… Oryte, nite u Ols.. Eh jap, sebelum tu aku nak kOngsi gak time happy aku bersama si dia sebelum start cuti sem aritu.. hehe.. *sapa yang x nak tgk, sila la Out sekarang ea… hihih…

DSC_1783

DSC_1794DSC_1796DSC_1795

Okey, semua picture ni di ambil sehari sebelum aku dan dia balik ke kampung untuk cuti semester… Kami pergi ke Ikea cOz aku ni dah lama sangat x g ikea tu semenjak dOk Bangi tu… Teragak nak makan meatball ikea ngn karipap katanya… hahaha… Tapi pica aku ngn my busyuk ni di ambil di Puncak Alam, rumah sewa my adik… Die la yang snap pica ni.. *tq Dedek..

Kat Bangi mana de meatball ikea yang sedap tu kan… Pastu mana de karipap yang sesedap karipap ikea kat Bangi ni ha... HIhih.. Nak g Damansara jauh, xde masa… Time tu jerla ada masa untuk melepaskan rindu pada ikea dan makanannyer. hehhe..

Thanks tO my Lovely busyuk cOz sanggup melayan karenak buah hati awak yang  mengada-ngada ni… Tanpa kamu, x dapatlah sayer ni nak melepaskan hajat tu semua… And thanks gak bagi lampu tidur cOlOur merah yang cantik tu pada sayerr… Saya sangat suke Ok!!! Lepas ni kita g ikea lagi tau.. bOleh saya dapat benda lain plak. hahahha..

Thanks sayang… Love u sO much….Red lips

p/s : Berharap agar tahun 2012 ini menjadi tahun yang lebih baik bagiku berbanding tahun-tahun yang sebelumnya…. Amin…. Smile

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

Sunday, January 15, 2012

CITE APE2 NTAH

download

Salam satu malaysia semua… Lama dah aku x update blOg kn? ok, ni saja je nak pOst cita ni untuk tunjukkan yang aku ni ada gak la update blOg walaupOn aku sangat bz sekarang. hehe.. Jom kita baca cita ni sambil membuat exercise lidah. hihih.. Cuba try test tengOk… hihihihi….

P/S : Sebelum baca sila buat exercise untuk lidah dulu..


1.Cecahkan lidah ke lelangit atas dan kira lapan kali...
...
2.Gulung lidah dan kira lapan kali lagi...
3.Jelirkan lidah dan kira...lapan lagiiiii
4. Jom mula sekarang.


Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.

Cahaye cerah cube culik copot. ciput cangat cuak. Ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap...cenyap copot...". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...".


Celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput came copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...". Ciput cenyum cambil chow came copot...

cekian.

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...