...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Monday, January 30, 2012

ADa aPa deNgaN GeMeRsiK KaLbU??

Assalammualaikum dan Salam satu Malaysia…

Hai u Ols, semua sihat? aku x sihat nih. Badan penat dan tak berdaya cOz berjalan jauh x henti-henti. Bercuti sakan la kan… Ke Melaka sudah semestinya, then ke Cameron Highland, then ke Kelantan… Penat weh… Penat sangat tapi yang penting happy la cOz dapat menghabiskan masa bersama family tersayang…

Oryte, nOw kita fOkus kat tajuk utama di atas… Ada apa dengan drama gemersik kalbu ni??? Ok, aku yakin semua tau kan sekarang ni sebOk kat TV3 drama gemersik kalbu ni tiap-tiap petang. Ala, drama adaptasi daripada novel. Bagi yang tak tahu tentang drama ni, meh aku bagi sinOpsis cita ni ea..

Gemersik-Kalbu-TV3

Cerita ini mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Rindu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

Pelakon : Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.

Ok, nOw aku nak bagi sinOpsis Novel Germersik kalbu pulak..

gemersik kalbu

Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Oryte, daripada sinOpsis ni kita tahu cerita ni macam biaserla berkisar tentang kehidupan seorang wanita, kasih sayang, cinta dan semuanya lah.

Aku tak tengOk sangat cerita ni kat tv, maybe coz aku busy dengan final exam n assignment yang melambak masa hujung sem aritu. FaktOr kedua aku tak minat sangat ngan ayu raudah ni, x tau la pasal apa. haha. tapi aku minat ngn akashah tau! minat sangat. huhu..

Ada apa dengan gemersik kalbu ni ea? bukan apa, aku pelik la cOz bf aku mamat yang x minat dengan cita-cita melayu ni leh plak minat tengOk cita ni… Sampaikan kalau die termissed cita ni la, die sanggup tengOk kat tontOn tu! adakah sebab AYU RAUDAH yang lebih cun dari aku? hahah.. what everlah.. kalau dulu aku ajak tengOk drama TENTANG DHIYA tu die x nak, ni lain plak, die yang over sangat tengOk cita ni. Aku memang x tengOk la. nasib aku ni dah baca nOvel Gemersik Kalbu ni.

Entahlah, kadang-kadang musykil gak kan napa die leh layan cita ni. Hahhaa.. Tapi x perla, asalkan die bahagia bersama Gemersik Kalbu ni… jangan die berangan fikir pOmpuan lain dahla. Hahhahaa (fikiran jahat ni cOz jeles!) x MASAL la nak JELES kan! hahahahha.. *sengal la aku ni. ish..

Ok la, banyak-banyak mengarut ni sebenarnya aku nak sangat tau kenapa BF aku layan cita ni??? tu je main pOint nyer. hahaha.. Ok la, sebelum aku chOw, korang bOleh la dengar lagu akashah yang sengal ni..*main gigit-gigit cuping telinga kan.. haha. ok la, tata.. titi.. tutu…

I LOVE U LA AKASHAH! *ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu… lallalala.. :p

p/s : Kalau aku baca nOvel, aku suka berangan dengan herO dalam nOvel tu. Bestnyer la berangan ni kan.. Lagi-lagi nOvel yang herOnyer digambarkan seOrang yang kacak, bergaya, kaya, baik hati, rOmantik.. Aduh, andainya diri ini memiliki lelaki sedemikian.. hahahhaha *ok, stOp dreaming yer Cik MASYUNIZA YUNOS! haha.. PeaceNyah-Nyah

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

3 comments:

Gadis Biasa said...

follow cz ske bce cite kmu n wan..
x de shout box ke?? pnt cri..huhuhu..

~miss ieza~ said...

huhu.. Tq.. kenal wan ke? aik? ada la..cbOx.. musykil plak sb kamu x nmpak.. xde ke? sebab tu musykil xramai chat kat situ.. x nakpak ke? cuba tgk kat sebelah kanan.. bawah iezas visitors..

i'tsOurlife said...

FOLLOW ME BACK K.. hehehx.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...