...SeLaMaT DaTaNg Ke BlOg MisS IeZa... bLoG iNi HaNyaLaH nUKiLaN bIaSa... MaNa Yg BaIk HaRaP dIjAdIkAn TauLaDan & Yg BuRuK dIjaDiKaN SeMpAdAn...

Followers

Saturday, February 4, 2012

إِشْتَاقَ إِليْكَ (Rindu Padamu )

tumblr_lyssiuB23U1qalfwno1_500

Sehari bagaikan seminggu,

seminggu umpama sebulan,

sebulan ibarat setahun,

hati kOsOng tiada yang tahu,

senyum tak beerti bahagia,

tawa tak beerti gembira…

Butiran mutiara gugur jua akhirnya,

walau ditahan, walau disekat, namun ia tetap gugur,

Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dOsa hambamu ini,

aku malu kerana tangisku adalah kerana dia…

rinduku padanya membuatkan ku lalai pada Mu…

Ampuniku Ya Allah… seharusnya diri ini mengadu padamu, lebih tabah dalam mengharungi ujianmu dan seharusnya diri ini lebih mengutamakanMu berbanding dia…

namun aku sebagai hamba yang alpa hamba yang hina ini ya Allah, memOhOn agar Kau kuatkan jOdOh antara kami kerana aku sangat menyayangi dia kerana Mu Ya Allah…

Ya, aku rindu dan sayangkannya kerana ALLAH…

p/s : Kadang-kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

DSC_0811

0059615d2eb6d903717bcd6c6d8cd831

2 comments:

cinta siswi said...

amin.. semoga jodoh berpanjangan dear.. :)

~miss ieza~ said...

tQ Dear.. :) u tOo.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...